1dc700f54bf7b99adf28ebb1300b510a7ba475c600c18331c3
Cara Terbaik Memilih Antivirus Cara Terbaik Memilih Antivirus | JIWA TAIKO SLASH

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

make money with your web site

Cara Terbaik Memilih Antivirus

Salah satu program penting untuk komputer adalah antivirus. Tujuan utama adalah untuk melindungi sistem dan perkakasan komputer dari serangan virus dan anasir elektronik lain dari merosakkan komputer. Di pasaran dunia, wujud pelbagai jenis antivirus yang menawarkan pelbagai ciri-ciri keselamatan yang tinggi. Dan sebaik-baik antivirus adalah yang sentiasa dikemaskini dengan komponen terbaru daripada pengeluarnya.

Jadi, bagaimana pula memilih yang terbaik untuk komputer?


Boleh dikatakan semua antivirus mempunyai kekuatan yang seimbang. Dari segi kebolehan scan, firewall, live update, Anti-phishing protection untuk email dan web protection. Saya sendiri pernah menggunakan pelbagai jenis antivirus dan saya percaya anda juga begitu malah mungkin lebih banyak daripada saya. Tidak kira apa jenis antivirus yang digunakan, tujuannya tetap sama untuk melindungi komputer anda.


Secara ringkasnya, cara terbaik untuk membuat keputusan dalam pemilihan antivirus adalah:


1. Tahap penggunaan ruang dan memori komputer
Antivirus yang menggunakan terlalu banyak ruang dan memori tidak sesuai untuk komputer yang mempunyai memori yang rendah. Program antivirus seperti diketahui umum menggunakan ruang data yang banyak. Semua komponen penting dalam antivirus kebiasaannya bergerak serentak dan penggunaan memori juga akan tertumpu kepadanya.


2. Kemudahan kemaskini (update) yang pelbagai
Kemaskini paling berkesan dan mudah semestinya dari internet. Saya yakin antivirus sekarang sudah mempunyai fungsi kemaskini dari internet. Secara automatik ataupun manual, kedua-duanya memang mudah. Cuma perlu beberapa klik dan komputer kita dilindungi dengan kemaskini terbaru.
Namun, altenatif kemaskini lain seperti download folder yang mempunyai komponen juga boleh dilakukan. Kali pertama saya kemaskini menggunakan folder adalah ketika menggunakan AVG Antivirus.






3. Pengalaman dan pembacaan
Try and error! Itulah gambaran sebenar untuk mencuba sesuatu yang baru. Pengalaman ini memberi panduan semasa pemilihan atau perbandingan sesuatu antivirus. Begitu juga pembacaan terutamanya di internet. Salah satu website popular membincangkan antivirus adalah http://www.av-comparatives.org. Boleh rujuk dan baca lagi di sana.


4. Harga yang mampu milik
Ini juga perlu diberi keutamaan. Ukur baju di badan sendiri. Bagi saya, cukuplah sekadar menggunakan antivirus yang kita mampu beli. Saya pernah membeli Kaspersky Antivirus pada harga RM60 untuk satu lesen pengguna. Lesen sah sehingga setahun dan saya berpuas hati. Jika tidak mampu beli, cukup sekadar menggunakan antivirus percuma seperti AVG dan Avira Antivir. Ini sudah memadai untuk melindungi komputer di rumah.


5. Kekuatan dari pelbagai aspek
Jika sudah menggunakan sesuatu antivirus, terokai lebih luas fungsi-fungsi di dalamnya. Gunakan semuanya dan kita akan ketahui kekuatan sebenar antivirus tersebut. Kemudian buat perbandingan dengan yang lain dan akhirnya kita akan ketahui yang mana satu sesuai dengan ‘jiwa’ komputer kita.
Apa jua antivirus yang anda juga, paling penting pastikan ia sentiasa dikemaskini (update). Teknik paling baik adalah dari pengalaman anda mencuba sendiri. Try and feel it!
Apa pula pandangan anda?








Kongsi artikel bersama rakan:

















SHARE INFO



QuickFolk : Social Media Traffic exchange

Follow by Email

Labels

2G (2) 3G (1) 3G dan 2G MMS (7) 4 malaikat (37) Agama ISLAM (39) air (1) Animasi (6) Animasi Dragon Clock (4) Application background (2) AWESOME (11) bangun tengah malam (4) Banner (2) BIJAK IT (26) BIJAK MOBILE/PHONE (18) BIJAK PC (49) BIOS Setup (3) blog (1) blog speed (2) bloger (1) blogspot (2) book (2) BUAT SENDIRI (30) Celcom (2) cepat (1) cepat install program (3) CIMB (3) CIMB clicks (2) Clock (1) Corrupt Documents (4) cute kids (4) dhuha. sembahyang (6) DiGi (2) Discs (1) Disk Fragmentation (1) Doa (58) Domain (1) DOWNLOAD (15) Dragon (1) Dragon Clock (3) email (2) Empat Malaikat (5) Epic Fail (12) face (1) facebook (2) fb (1) fun facts (4) funny (9) Get Installer (3) haji (11) Hard disk (1) Hidden (1) Hidden Star Wars Movie (3) hollywood (13) Hosting (1) Ibubapa (29) iklan (1) Jadual (1) Jadual PC-FAIR Julai – September 2012 (2) Jantina (3) jantina komputer. (3) javascript (1) jawi (3) Kajian Phising Email CIMB (1) kelajuan blog (2) kids (1) komputer (1) like box (1) like button (1) lupa (3) MACAM-MACAM (37) malaikat (2) Malaysian (1) Malaysian Rankings (2) Malaysian Website (1) Malaysian Website Rankings (2) Masalah Salin Dan Tampal Tulisan Jawi (8) Maxis (2) Microsoft Excel (3) Microsoft Excel 2007 (2) Microsoft Office Word (3) Microsoft Office Word 2007 (4) MMS (2) mudah (1) mudah install program (6) nabi (8) Nasihat (16) pagi (3) PC-FAIR (4) pelik (2) Pelupa (5) Pendrive (2) Pendrive Terus Open (6) perjalanan (1) phising (1) photography (8) photoshop (6) pistol (3) Problems (1) Problems in Microsoft Excel 2007 (4) RAM problem (2) Rankings (6) rasul (5) rasulullah (13) salat (3) setuju (2) Siapa Yang Setuju? (5) Sistem fail (2) solat (11) Solat Sunat Dhuha (10) speed (1) Star Wars Movie (4) stuff (1) SUKE-SUKE (24) sunat (6) Tahukah Anda Komputer Ada Jantina (10) TAHUKAH ANDA? (7) tembak (3) Terjaga Pagi-Pagi Buta (9) things in the windows try it yourself (3) Tips (4) TREVIA (9) tulisan arab (3) tulisan jawi (4) Tutorial (2) Tutorial Tidak Membenarkan Pendrive Terus Open (9) Virus Dan Antivirus (15) webmail (1) Website (1) Website Rankings (1) Window 7 (3) Windows XP (4) windows XP/VISTA --- strange (4) WordPress (3) WTF (32)

    Translate

    Blogger news



    Anda Pasti Suka bacaclose