1dc700f54bf7b99adf28ebb1300b510a7ba475c600c18331c3
Cara Berkesan Membuang Virus Komputer Cara Berkesan Membuang Virus Komputer | JIWA TAIKO SLASH

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

make money with your web site

Cara Berkesan Membuang Virus Komputer

Salam sejahtera,



Sejak kebelakangan ini saya lebih gemar menulis mengenai virus dan antivirus. Mungkin pengaruh pekerjaan yang lebih tertumpu kepada dua perkara ini. Setiap hari mengadap antivirus dan mencari virus. Apabila sebut sahaja virus komputer, semua akan lari, mengelak, benci, tekanan dan jemu. Sebab utama tentulah kesannya kepada komputer. Ia memudaratkan, perosak, parasit dan akhirnya membinasakan. Memang dahsyat.





Semakin tinggi teknologi antivirus, maka semakin tinggi juga pencipta-pencipta virus untuk terus mengganas. Setiap inci ruang yang terdapat pada komputer akan digunakan sebaiknya oleh virus. Dalam kategori serangan terdapat pelbagai jenis definisi antaranya virus, trojan, malware dan data yang diragui kesahihannya.



Mengikut Sophos, salah satu pengeluar antivirus dunia, dianggarkan setiap 4 saat satu virus/malware baru akan dikesan. Setiap hari Sophos menerima lebih 50000 ancaman virus dan fail-fail yang disyaki berbahaya kepada komputer.



Pada sesetengah antivirus, ada kalanya ia tidak dapat membuang sepenuhnya virus-virus tersebut. Akibatnya kepada komputer anda sudah tentu menggangu perjalanan sistem sehingga menyebabkan kerosakan. Jalan terakhir menggunakan Antivirus Rescue Disk




Membuang virus menggunakan Antivirus Rescue Disk




Antivirus Rescue Disk adalah jalan terakhir kepada masalah virus pada komputer. Ia tidak menggunakan sistem operasi secara terus tetapi hanya menggunakan boot CD. Komputer anda akan menjalankan sistem menggunakan boot CD ini sahaja tanpa Windows. Selain menjimatkan masa dan ruang, Rescue Disk dapat mengesan virus dengan lebih terperinci dalam keadaan virus yang tidak aktif. Ini kerana virus biasa aktif jika sistem operasi seperti Windows berjalan.





Secara ringkas, komputer anda akan scan virus hanya menggunakan CD sahaja!





Kaedah ini biasa dilakukan pada komputer yang dijangkiti virus atau malware yang tidak dapat dibuang pada sistem normal atau safe mode. Contohnya malware dari kumpulan Sality seperti Sality-AM, Sality-D (Sophos). Malware Sality akan menyebabkan safe mode, task manager dan regedit registry tidak berfungsi.





Jika anda diserang virus ini, antivirus pada komputer secara automatik tidak akan berfungsi dan paling mengejutkan, anda tidak akan dapat membuka sebarang website yang berkaitan antivirus!





Dengan menggunakan Rescue Disk, fungsi-fungsi pada antivirus asal tetap sama. Ia mampu mengesan virus, rename virus dan juga membuang virus-virus tersebut. Paling menarik ianya percuma untuk dimuat turun (download) di internet. Dowload fail format “.iso” dan burn pada CD kemudian run pada komputer. Contoh-contoh antivirus yang mempunyai Rescue Disk adalah:





1. Kaspersky Rescue Disk 10





2. F-Secure Rescue Disk





3. BitDefender Rescue Disk





4. Avira Antivir Rescue Disk





5. AVG Rescue Disk





Selamat mencuba dan saya nantikan hasilnya daripada anda!








Kongsi artikel bersama rakan:




SHARE INFO



QuickFolk : Social Media Traffic exchange

Follow by Email

Labels

2G (2) 3G (1) 3G dan 2G MMS (7) 4 malaikat (37) Agama ISLAM (39) air (1) Animasi (6) Animasi Dragon Clock (4) Application background (2) AWESOME (11) bangun tengah malam (4) Banner (2) BIJAK IT (26) BIJAK MOBILE/PHONE (18) BIJAK PC (49) BIOS Setup (3) blog (1) blog speed (2) bloger (1) blogspot (2) book (2) BUAT SENDIRI (30) Celcom (2) cepat (1) cepat install program (3) CIMB (3) CIMB clicks (2) Clock (1) Corrupt Documents (4) cute kids (4) dhuha. sembahyang (6) DiGi (2) Discs (1) Disk Fragmentation (1) Doa (58) Domain (1) DOWNLOAD (15) Dragon (1) Dragon Clock (3) email (2) Empat Malaikat (5) Epic Fail (12) face (1) facebook (2) fb (1) fun facts (4) funny (9) Get Installer (3) haji (11) Hard disk (1) Hidden (1) Hidden Star Wars Movie (3) hollywood (13) Hosting (1) Ibubapa (29) iklan (1) Jadual (1) Jadual PC-FAIR Julai – September 2012 (2) Jantina (3) jantina komputer. (3) javascript (1) jawi (3) Kajian Phising Email CIMB (1) kelajuan blog (2) kids (1) komputer (1) like box (1) like button (1) lupa (3) MACAM-MACAM (37) malaikat (2) Malaysian (1) Malaysian Rankings (2) Malaysian Website (1) Malaysian Website Rankings (2) Masalah Salin Dan Tampal Tulisan Jawi (8) Maxis (2) Microsoft Excel (3) Microsoft Excel 2007 (2) Microsoft Office Word (3) Microsoft Office Word 2007 (4) MMS (2) mudah (1) mudah install program (6) nabi (8) Nasihat (16) pagi (3) PC-FAIR (4) pelik (2) Pelupa (5) Pendrive (2) Pendrive Terus Open (6) perjalanan (1) phising (1) photography (8) photoshop (6) pistol (3) Problems (1) Problems in Microsoft Excel 2007 (4) RAM problem (2) Rankings (6) rasul (5) rasulullah (13) salat (3) setuju (2) Siapa Yang Setuju? (5) Sistem fail (2) solat (11) Solat Sunat Dhuha (10) speed (1) Star Wars Movie (4) stuff (1) SUKE-SUKE (24) sunat (6) Tahukah Anda Komputer Ada Jantina (10) TAHUKAH ANDA? (7) tembak (3) Terjaga Pagi-Pagi Buta (9) things in the windows try it yourself (3) Tips (4) TREVIA (9) tulisan arab (3) tulisan jawi (4) Tutorial (2) Tutorial Tidak Membenarkan Pendrive Terus Open (9) Virus Dan Antivirus (15) webmail (1) Website (1) Website Rankings (1) Window 7 (3) Windows XP (4) windows XP/VISTA --- strange (4) WordPress (3) WTF (32)

    Translate

    Blogger news



    Anda Pasti Suka bacaclose